BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
ketahuilah!!!dengan mengingati Allah,hati menjadi tenang...

Ahad, 23 Mei 2010

cERitA ciNtAKu

cerita cintaku bermula semasa aku berusia 13 tahun..sewaktu itu aku masih belum tahu haramnya bercouple..kerana aku tidak pernah diberitahu oleh sesiapapun..dari umur setahun jagung itulah aku telah belajar erti cinta yang tidak pernah dituntut syarak.. Walaupun kami tidak pernah berjumpa..tapi aku sendiri hairan bagaimana perasaan cinta itu boleh terbit di dalam hatiku walaupun hanya melalui taipan sms sahaja.. suaranya pun masih belum pernah ku dengar ketika itu.. Dia seorang rijal yang pintar..asalnya juga dari sekolah yang elit..memang sudah tidak boleh dinafikan lagi..kadangkala hati ini teringin jua untuk bersua muka..tetapi jarak telah menjadi aral di antara kami berdua..setiap temujanji yang teratur pasti akan terbatal..sebenarnya daripada situlah kita dapat lihat bahawasanya Allah akan melindungi hamba-hambaNya yang igin Dia lindungi..tetapi sayang..aku tidak sedar akan itu semua.. kelekaan kami bercinta berterusan selama 3 tahun..sehinggakan rakan-rakan lain bertanya kepadaku..apa rahsiaku sehingga boleh kekal selama itu..walhal setiap hari kami berhubung..tidak bosankah?? dalam banjiran soalan yang dilimpahkan kepadaku itu..terselit sedikit rasa bangga ketika bercouple..astaghfirullah.. aku menjadikan dia sebagai sumber inspirasiku untuk berjaya..dalam masa yang sama aku juga mendoakannya agar dia juga berjaya dengan cemerlang..daoku diselit dengan harapan yang sangat tinggi..sehinggakan aku bernazar untuk kejayaannya,berpuasa sbanyak 10 hari.. peperiksaan telah berakhir dengan tenang..hanya menunggu keputusan kini..pada saat inilah baru aku tersedar yang hubungan kami semakin lama semakin renggang..jika dula dia selalu menghubungiku setiap saat..kini..seminggu juga belum tentu..namun aku cuba untuk menyingkirkan segala pemikiran negatif padanya.. kemudian muncul pula sms dari sahabat karibnya..yang menyuruhku melupakannya kerana dia sudah punya kekasih yang baru..aku terkesima..namun aku menganggap itu cuma gurauan sahabatnya.. kerana dia memang seorang yang kuat bergurau..beberapa hari selepas itu..handset berbunyi..satu panggilan dari sahabatku rupanya..sahabat yang paling aku percayai..segala rahsia kami dikongsi bersama..dia memberitahuku bahawa rijal yang paling ku cintai selama ini ingin memtuskan hubungannya denganku..kerana dia telah jatuh hati kepada sahabatnyasendiri tanpa dia sedari..dia memohon beribu kemaafan dariku..perasaan serba salah menyelubungi dirinya..aku tetap memaafkan.. keputusan peperiksaan telah ku pegang erat di tangan..sebuah keputusan yang amat membanggakan ibu dan abah..namun segembira manapun hatiku..lukaku masih belum sembuh.. masih terasa kepedihannya..mindaku dalam proses meluputkan segala kenangan bersamanya..namun ku teruskan jua nazar yang telah aku janjikan.. dengan keputusan yang berbekal di tangan..aku berpindah ke sekolah baru..walaupun tarafnya lebih rendah jika dibandingkn dengan sekolah lamaku..namun di sinilh aku belajar apa yg sering ku pandang enteng sebelum ini..dari sinilah baru aku diberitahu bahawsanya couple itu haram di sisi agama..malah telah ada dalil naqli yang mensahihkannya..kehadiranku ke sekolah itu disambut baik oleh sekumpulan mujahidah yang teguh mempertahankan cintanya kepada Allah..baru aku sedar..sebenarnya cinta Allah itu jauh lebih indah daripada mencintai hambanya..terasa nikmat di setiap ibadah yang dilakukan..impianku kini ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiah.. Namun..sudah lumrah..jalan kebaikan pastinya ada onak dan durinya..aku telah tertarik hati dengan seorang rijal yang lebih ke arah ukhrawi jika dibandingkan dengan rijal yang dahulu ku cintai..kami bersahabat dalam sms juga..sekali lagi aku tertarik dengan insan yang tidak pernah ku lihat wajahnya.. dia tidak tahu akan perasaanku padanya..entah kenapa pada satu hari aku menyuruhnya membuang nombor telefonku..kerana aku tidak mahu terselit zina hati dalam diri.. aku berkata kepadanya yang aku tidak mahu berhubung dengan mana-mana ajnabi lagi melainkan hal-hal yang penting sahaja..walaupun bunyinya agak melucukan..tetapi sekurang-kurangnya aku mencuba.. kemudaian..sms ku dibalas dengan "tq kerana ingtkn saya.."..akirnya dia menghormati keputusanku...aku bersyukur..sekarang Allah telah mengurniakan aku sebuah tanggungjawab untuk membantu seorang sahabatku pula..dia juga ingin menghentikan perhubungannya dengan ajnabi tersebut..untuk menghambakan diri kepada Sang Pencipta..

0 comments: