salam.. slamat ari rayer ana ucapkan utk sumer..sempena menanti detik2 yang mulia nie..xsalah kalau kiter samer2 memperingati kesusahan mereka2 yg ada di Gaza...Palestin.. oleh itu, bersyukurlah kita yg bernaseb baek nie.. pesanan utk akhawat sumer..mmgla lumrah wanita shopping 'gler2' time nk rayer nie... tp ingat2la yer..bjimat2 lar kiter..
Sabtu, 4 September 2010
Sabtu, 19 Jun 2010
siapa kita..
bismillahirrahmanirrahim..satu lafaz keramat yang sentiasa mendahului setiap amalan tidak kira sesiapapun..lebih2 lagi..seorang insan yang bergelar muslim.. Meskipun setiap hari kita melafazkannya..adakah kita sedar mengapa mesti hadir lafaz ini dalam kehidupan kita?? Bukannya niat untuk mempersoalkan keagunganNya..tetapi untuk kita sama-sama membuka mata hati kita sendiri..bahawa setiap apa yang dilafazkan bukannya hanya omong kosong..apakah makna di sebalik lafaz ini?.. Ya, memang tidak boleh dinafikan semua umat islam pasti mengerti apa maksudnya jika minta dilafazkan..DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.. Yang Allah, apalah martabatku di hadapanmu..setinggi mana Ya Allah..sudah cukupkah iman di dada ini untuk aku fahami konsep lafaz ini Ya Allah.. Engkau pemurah kepada semua umatMu, tidak kira yang soleh,beriman,kafir mahupun munafiq..sekerap manapun mereka melakukan laranganMu..Engkau masih menurunkan rezeki untuk mereka..meskipun mereka meminta pada yang tidak sepatutnya..jika hanya dilihat pada rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku..belum tentu akulah insan itu.. Tetapi Ya Allah..sifat PENYAYANGMu..bukan untuk semua sepenuhnya..kebanyakan dikurniakan kepada mereka yang mencuba mencari cintaMu..dan adakah aku insan itu..jika aku insan itu..meski tidak sedetik pun aku melupakanMu..tetapi apa yang aku lihat dalam kehidupanku..kebaikanku hanya dapat dikira dengan jari Ya Allah..malah kebatilan yang menguasai diriku..hinanya aku di hadapanMu..ceteknya kekayaan dan pengetahuanku..namun..sejauh manapun aku lari dariMu..semakin dekat pula Engkau menarikku..tetapi..semakin dekat aku cuba berdamping denganMu..terasa diri ini semakin jauh ditinggalkanMu..adakah itu tandanya Ya Allah..adakah itu tandanya ujian yang ingin kau tunjukkan kepadaku..kerna itulah Engkau menari hatiku pabila aku menjauh dariMu.. Ya Allah..cukuplah hanya Engkau yang selayaknya bertakhta di hatiku..tiada yang lain yang selayaknya kecuali dengan kehendakmu..akan ku cuba sedaya upaya untuk terus setia di jalanMu..beriringkan nur kekasihMu (rasulullah)..kerna tiada yang kusembah melainkanmu Ya Allah.. -insanlemah-
Sabtu, 5 Jun 2010
Rahsia anak soleh solehah
NABI Sulaiman dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang istimewa dan memiliki banyak mukjizat. Dengan izin Allah, baginda boleh melihat sesuatu yang terselindung daripada pandangan mata manusia biasa.
Source: Flickr Creative Commons
Source: Flickr Creative Commons
Pada suatu hari, baginda berjalan-jalan di tepi laut untuk melihat kebesaran Allah SWT. Tiba-tiba baginda terlihat ada sesuatu yang menakjubkan di dalam dasar laut itu. Kemudian baginda memerintahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dasar laut untuk mengetahui benda tersebut.
Jin Ifrit pun terus menyelam ke dalam laut untuk mendapatkan benda yang ajaib itu tetapi tidak menemuinya. Kemudian, Ashif bin Barkhiya, iaitu seorang lelaki telah menawarkan dirinya untuk menyelam ke dasar laut tersebut, dan dia telah menjumpai suatu benda yang berupa sebuah kubah.
Dia sangat kagum dengan kecantikan kubah tersebut lalu mengangkatnya dan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.
“Alangkah indahnya kubah ini. Aku berasa hairan dibuatnya. Aku telah dikurniakan oleh Allah mukjizat sehingga pandanganku dapat menembusi segala sesuatu yang terselindung. Tetapi kali ini aku tidak dapat melihat sesuatu di dalam kubah ini,” kata Nabi Sulaiman.
Lalu baginda pun berdoa kepada Allah agar dapat melihat isi kandungan kubah itu. Doanya dikabulkan oleh Allah, dan kubah tersebut terbuka pintunya. Di dalamnya ada seorang pemuda sedang sujud sambil memuji Allah tanpa henti-henti.
“Siapakah engkau. Manusia, jin, atau malaikat?” tanya Nabi Sulaiman.
“Aku seorang manusia biasa,” jawab pemuda itu.
“Bagaimana engkau memperoleh kemuliaan serupa ini?” tanya Nabi Sulaiman.
“Kerana aku telah berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuaku,” jawab pemuda itu.
Pemuda itu pun menceritakan kepada Nabi Sulaiman tentang kisahnya memelihara kedua-dua ibu bapanya. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh dan kuat imannya. Sejak kecil dia dipelihara oleh ibu bapanya dengan didikan yang baik dan mereka sentiasa mendoakannya menjadi anak yang soleh.
Bapanya telah meninggal dunia. Kemudian dia telah memelihara ibunya yang sudah tua, buta, lumpuh, lemah dan selalu sakit. Ibunya sangat mengharapkan dia supaya menjaga dan menguruskan segala keperluannya.
Dia selalu menyuapkan makanan ke mulut ibunya, memberi minuman dan memandikannya. Ibunya selalu berdoa kepada Allah supaya dia akan dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidupnya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ibunya telah berdoa agar dia diberikan tempat bukan di bumi dan bukan juga di langit.
Suatu hari pemuda itu berjalan-jalan di tepi laut. Dia melihat sebuah kubah, lalu masuk ke dalamnya. Pintu kubah itu tiba-tiba tertutup. Pemuda itu pun berdoa kepada Allah, lalu kubah yang gelap itu tiba-tiba menjadi terang benderang.
Suasana di dalam kubah itu berubah menjadi kebun yang dipenuhi dengan pohon-pohon, kolam air susu dan madu, suara-suara yang merdu dan segala makanan yang lazat. Jika dia lapang, dia akan memetik buah-buahan yang pelbagai rasa itu. Jika dia dahaga, sudah tersedia di hadapannya pelbagai macam minuman yang lazat.
Oleh kerana pemuda itu mahu meneruskan solat dan zikirnya kepada Allah, Nabi Sulaiman dan para pengikutnya terpaksa keluar dari kubah tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya mengembalikan semula kubah itu ke dasar laut. Setelah itu, pulanglah baginda bersama bala tenteranya menuju ke istananya.
*sumber : www.intro2u.net
Ahad, 23 Mei 2010
cERitA ciNtAKu
cerita cintaku bermula semasa aku berusia 13 tahun..sewaktu itu aku masih belum tahu haramnya bercouple..kerana aku tidak pernah diberitahu oleh sesiapapun..dari umur setahun jagung itulah aku telah belajar erti cinta yang tidak pernah dituntut syarak.. Walaupun kami tidak pernah berjumpa..tapi aku sendiri hairan bagaimana perasaan cinta itu boleh terbit di dalam hatiku walaupun hanya melalui taipan sms sahaja.. suaranya pun masih belum pernah ku dengar ketika itu..
Dia seorang rijal yang pintar..asalnya juga dari sekolah yang elit..memang sudah tidak boleh dinafikan lagi..kadangkala hati ini teringin jua untuk bersua muka..tetapi jarak telah menjadi aral di antara kami berdua..setiap temujanji yang teratur pasti akan terbatal..sebenarnya daripada situlah kita dapat lihat bahawasanya Allah akan melindungi hamba-hambaNya yang igin Dia lindungi..tetapi sayang..aku tidak sedar akan itu semua..
kelekaan kami bercinta berterusan selama 3 tahun..sehinggakan rakan-rakan lain bertanya kepadaku..apa rahsiaku sehingga boleh kekal selama itu..walhal setiap hari kami berhubung..tidak bosankah?? dalam banjiran soalan yang dilimpahkan kepadaku itu..terselit sedikit rasa bangga ketika bercouple..astaghfirullah..
aku menjadikan dia sebagai sumber inspirasiku untuk berjaya..dalam masa yang sama aku juga mendoakannya agar dia juga berjaya dengan cemerlang..daoku diselit dengan harapan yang sangat tinggi..sehinggakan aku bernazar untuk kejayaannya,berpuasa sbanyak 10 hari..
peperiksaan telah berakhir dengan tenang..hanya menunggu keputusan kini..pada saat inilah baru aku tersedar yang hubungan kami semakin lama semakin renggang..jika dula dia selalu menghubungiku setiap saat..kini..seminggu juga belum tentu..namun aku cuba untuk menyingkirkan segala pemikiran negatif padanya..
kemudian muncul pula sms dari sahabat karibnya..yang menyuruhku melupakannya kerana dia sudah punya kekasih yang baru..aku terkesima..namun aku menganggap itu cuma gurauan sahabatnya.. kerana dia memang seorang yang kuat bergurau..beberapa hari selepas itu..handset berbunyi..satu panggilan dari sahabatku rupanya..sahabat yang paling aku percayai..segala rahsia kami dikongsi bersama..dia memberitahuku bahawa rijal yang paling ku cintai selama ini ingin memtuskan hubungannya denganku..kerana dia telah jatuh hati kepada sahabatnyasendiri tanpa dia sedari..dia memohon beribu kemaafan dariku..perasaan serba salah menyelubungi dirinya..aku tetap memaafkan..
keputusan peperiksaan telah ku pegang erat di tangan..sebuah keputusan yang amat membanggakan ibu dan abah..namun segembira manapun hatiku..lukaku masih belum sembuh.. masih terasa kepedihannya..mindaku dalam proses meluputkan segala kenangan bersamanya..namun ku teruskan jua nazar yang telah aku janjikan..
dengan keputusan yang berbekal di tangan..aku berpindah ke sekolah baru..walaupun tarafnya lebih rendah jika dibandingkn dengan sekolah lamaku..namun di sinilh aku belajar apa yg sering ku pandang enteng sebelum ini..dari sinilah baru aku diberitahu bahawsanya couple itu haram di sisi agama..malah telah ada dalil naqli yang mensahihkannya..kehadiranku ke sekolah itu disambut baik oleh sekumpulan mujahidah yang teguh mempertahankan cintanya kepada Allah..baru aku sedar..sebenarnya cinta Allah itu jauh lebih indah daripada mencintai hambanya..terasa nikmat di setiap ibadah yang dilakukan..impianku kini ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiah..
Namun..sudah lumrah..jalan kebaikan pastinya ada onak dan durinya..aku telah tertarik hati dengan seorang rijal yang lebih ke arah ukhrawi jika dibandingkan dengan rijal yang dahulu ku cintai..kami bersahabat dalam sms juga..sekali lagi aku tertarik dengan insan yang tidak pernah ku lihat wajahnya..
dia tidak tahu akan perasaanku padanya..entah kenapa pada satu hari aku menyuruhnya membuang nombor telefonku..kerana aku tidak mahu terselit zina hati dalam diri.. aku berkata kepadanya yang aku tidak mahu berhubung dengan mana-mana ajnabi lagi melainkan hal-hal yang penting sahaja..walaupun bunyinya agak melucukan..tetapi sekurang-kurangnya aku mencuba.. kemudaian..sms ku dibalas dengan "tq kerana ingtkn saya.."..akirnya dia menghormati keputusanku...aku bersyukur..sekarang Allah telah mengurniakan aku sebuah tanggungjawab untuk membantu seorang sahabatku pula..dia juga ingin menghentikan perhubungannya dengan ajnabi tersebut..untuk menghambakan diri kepada Sang Pencipta..
pEnGEnaLAn
ana seorang hamba Allah yg kehausan cintaNya..
niat ana buat blog nie xlaen tak bukan.. utk mencari beberapa orang kawan lagi yang sanggup bersama-sama ana untuk meneruskan dakwah di alam yang fana ini..
Ana tidaklah sehebat mana..ana seorang studenz dari sebuah skola..dan ana bukanlah seorang pelajar yang dikenali ramai di sekolah itu.. Kebanyakan langkah dan bantuan yang ana kerjakan...akan ana rahsiakan identiti ana..termasuklah blog ini..cme ader beberapa info saje y ana masukkan..
harapan ana..bg yg mjadi pengikut blog nie..
dapat ikhlaskan diri bersama-sama berdiri sebaris dengan ana untuk memburu cinta Illahi..blog ini dihasilkan khas bg mereka y btol2 ingin memburu cinta Rabb.. bukan utk kpntingan sendri..ttapi supaya ntum semua dpt memberikan kata2 semangat utk ana...
segala nasihat ntum semua ana terima dengan redha..
ana ingin sekali menjadi seorang pendakwah..
tapi umi prefer ana jadi peguam syariah..bkn ana xbminat dgn peguam syariah..
ana minat..
tp ana khuatir..sbb dgr2..seorg peguam..
sblh kaki d syurge..sebelah lg d neraka..
xperla..wat maser nie..ana cube target due2 skali..
lpz nie..hala tuju ana..urmm..
rse2 cam nak sambg kat..
Universiti al-Azhar...ini impian ana dr kecil..tapi kdg2 ana tpikir..layakkah aku..? kerna aku bukanlah seorang yang bijak dan genius..aku hanya insan biasa..insan yang terselit sedikit kemalasan dalam diriku kadangkala..urmm..da xder idea lar plak..xperla..utk ari nie..nie jerla kowt!! tp teruskan setia bsama ana yewp? mgkin akan dtg ana post smthing ag besh ker kn?? mgkin cinta??hehe..
salam dari insan lemah..
