bismillahirrahmanirrahim..satu lafaz keramat yang sentiasa mendahului setiap amalan tidak kira sesiapapun..lebih2 lagi..seorang insan yang bergelar muslim.. Meskipun setiap hari kita melafazkannya..adakah kita sedar mengapa mesti hadir lafaz ini dalam kehidupan kita?? Bukannya niat untuk mempersoalkan keagunganNya..tetapi untuk kita sama-sama membuka mata hati kita sendiri..bahawa setiap apa yang dilafazkan bukannya hanya omong kosong..apakah makna di sebalik lafaz ini?.. Ya, memang tidak boleh dinafikan semua umat islam pasti mengerti apa maksudnya jika minta dilafazkan..DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.. Yang Allah, apalah martabatku di hadapanmu..setinggi mana Ya Allah..sudah cukupkah iman di dada ini untuk aku fahami konsep lafaz ini Ya Allah.. Engkau pemurah kepada semua umatMu, tidak kira yang soleh,beriman,kafir mahupun munafiq..sekerap manapun mereka melakukan laranganMu..Engkau masih menurunkan rezeki untuk mereka..meskipun mereka meminta pada yang tidak sepatutnya..jika hanya dilihat pada rezeki yang Engkau kurniakan kepadaku..belum tentu akulah insan itu.. Tetapi Ya Allah..sifat PENYAYANGMu..bukan untuk semua sepenuhnya..kebanyakan dikurniakan kepada mereka yang mencuba mencari cintaMu..dan adakah aku insan itu..jika aku insan itu..meski tidak sedetik pun aku melupakanMu..tetapi apa yang aku lihat dalam kehidupanku..kebaikanku hanya dapat dikira dengan jari Ya Allah..malah kebatilan yang menguasai diriku..hinanya aku di hadapanMu..ceteknya kekayaan dan pengetahuanku..namun..sejauh manapun aku lari dariMu..semakin dekat pula Engkau menarikku..tetapi..semakin dekat aku cuba berdamping denganMu..terasa diri ini semakin jauh ditinggalkanMu..adakah itu tandanya Ya Allah..adakah itu tandanya ujian yang ingin kau tunjukkan kepadaku..kerna itulah Engkau menari hatiku pabila aku menjauh dariMu.. Ya Allah..cukuplah hanya Engkau yang selayaknya bertakhta di hatiku..tiada yang lain yang selayaknya kecuali dengan kehendakmu..akan ku cuba sedaya upaya untuk terus setia di jalanMu..beriringkan nur kekasihMu (rasulullah)..kerna tiada yang kusembah melainkanmu Ya Allah.. -insanlemah-
Sabtu, 19 Jun 2010
Sabtu, 5 Jun 2010
Rahsia anak soleh solehah
NABI Sulaiman dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang istimewa dan memiliki banyak mukjizat. Dengan izin Allah, baginda boleh melihat sesuatu yang terselindung daripada pandangan mata manusia biasa.
Source: Flickr Creative Commons
Source: Flickr Creative Commons
Pada suatu hari, baginda berjalan-jalan di tepi laut untuk melihat kebesaran Allah SWT. Tiba-tiba baginda terlihat ada sesuatu yang menakjubkan di dalam dasar laut itu. Kemudian baginda memerintahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dasar laut untuk mengetahui benda tersebut.
Jin Ifrit pun terus menyelam ke dalam laut untuk mendapatkan benda yang ajaib itu tetapi tidak menemuinya. Kemudian, Ashif bin Barkhiya, iaitu seorang lelaki telah menawarkan dirinya untuk menyelam ke dasar laut tersebut, dan dia telah menjumpai suatu benda yang berupa sebuah kubah.
Dia sangat kagum dengan kecantikan kubah tersebut lalu mengangkatnya dan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.
“Alangkah indahnya kubah ini. Aku berasa hairan dibuatnya. Aku telah dikurniakan oleh Allah mukjizat sehingga pandanganku dapat menembusi segala sesuatu yang terselindung. Tetapi kali ini aku tidak dapat melihat sesuatu di dalam kubah ini,” kata Nabi Sulaiman.
Lalu baginda pun berdoa kepada Allah agar dapat melihat isi kandungan kubah itu. Doanya dikabulkan oleh Allah, dan kubah tersebut terbuka pintunya. Di dalamnya ada seorang pemuda sedang sujud sambil memuji Allah tanpa henti-henti.
“Siapakah engkau. Manusia, jin, atau malaikat?” tanya Nabi Sulaiman.
“Aku seorang manusia biasa,” jawab pemuda itu.
“Bagaimana engkau memperoleh kemuliaan serupa ini?” tanya Nabi Sulaiman.
“Kerana aku telah berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuaku,” jawab pemuda itu.
Pemuda itu pun menceritakan kepada Nabi Sulaiman tentang kisahnya memelihara kedua-dua ibu bapanya. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh dan kuat imannya. Sejak kecil dia dipelihara oleh ibu bapanya dengan didikan yang baik dan mereka sentiasa mendoakannya menjadi anak yang soleh.
Bapanya telah meninggal dunia. Kemudian dia telah memelihara ibunya yang sudah tua, buta, lumpuh, lemah dan selalu sakit. Ibunya sangat mengharapkan dia supaya menjaga dan menguruskan segala keperluannya.
Dia selalu menyuapkan makanan ke mulut ibunya, memberi minuman dan memandikannya. Ibunya selalu berdoa kepada Allah supaya dia akan dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidupnya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ibunya telah berdoa agar dia diberikan tempat bukan di bumi dan bukan juga di langit.
Suatu hari pemuda itu berjalan-jalan di tepi laut. Dia melihat sebuah kubah, lalu masuk ke dalamnya. Pintu kubah itu tiba-tiba tertutup. Pemuda itu pun berdoa kepada Allah, lalu kubah yang gelap itu tiba-tiba menjadi terang benderang.
Suasana di dalam kubah itu berubah menjadi kebun yang dipenuhi dengan pohon-pohon, kolam air susu dan madu, suara-suara yang merdu dan segala makanan yang lazat. Jika dia lapang, dia akan memetik buah-buahan yang pelbagai rasa itu. Jika dia dahaga, sudah tersedia di hadapannya pelbagai macam minuman yang lazat.
Oleh kerana pemuda itu mahu meneruskan solat dan zikirnya kepada Allah, Nabi Sulaiman dan para pengikutnya terpaksa keluar dari kubah tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya mengembalikan semula kubah itu ke dasar laut. Setelah itu, pulanglah baginda bersama bala tenteranya menuju ke istananya.
*sumber : www.intro2u.net
